Isnin, 12 Julai 2010

MPRM aka IPRM, Seremban.

Sambung kisah kat MPRM, Seremban. Aku mendaftar masuk ke MPRM ( Maktab Perguruan Raja Melewar) pada 05 Januari 2005. Sebenarnya ini merupakan permohonan aku kali ke 2 untuk KPLI ni. Kali pertama dulu mintak Pengajian Seni Visual sekolah menengah. Mungkin rezeki aku kat sekolah rendah kot. Takpa, kawan-kawan cakap, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, gaji sama ja.(apa la, pikir pasal gaji ja).
Masuk MPRM ni, aku ambik kursus Pengajian Seni Visual Sekolah Rendah. Alhamdulillah, tak la susah sangat. Teringat kata-kata sorang pensyarah kat sana dulu, Encik rahim,... "Kalau lembu masuk maktab pun boleh lulus"... (jadi aku ni wajib lulus la kan, coz lembu bodo tu).Cuma semester pertama ja, agak banyak assignment yang perlu dibereskan. Perlu kerajianan yang lebih ja dan kebanyakkan assignment dalam mod berkumpulan. Aku tak habis-habis group ngan CD, Ivy ( yang la ni dah jadi bini dia pun, alhamdulillah...), Jana, Sue, Zimin...tu ja kot yg aku ingat la.
Kat mana-mana pegi ja, mesti yang ni ja. Yang best masa tu, KPLI kan dapat elaun bulanan RM 1370.oo, punya la best. Penempatan kat hostel dalam maktab tu je. Jadi, Kos tak la teruk sangat nak menanggungnya. Selalu ja kami ke Giant Senawang. Kalau tak shopping pun, Window shopping jek....(terapi minda). Kadang-kadang bila boring kat Giant Senawang, Pegi lak kat Jusco Seremban 2. Tu pun bila elaun masuk la.
Sedar tak sedar, dalam tempoh setahun aku kat seremban tu, dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan je. Bila masa aku buat assignment? Pegi Port Dickson, Jom Heboh sampai ke Bukit Jalil, Kelantan, KL jangan kira la, ada ja masa nak jalan....nanti sambung lagi pada kemuncak jalan-jalan paling jauh masa aku kat MPRM.

2 ulasan: