Isnin, 22 Ogos 2011

LOT 33




LOT 33,
Salam Ramadhan. Sudah lama rasanya tak menulis di sini. bukan apa,lupa password.ni kes byk minum air yang bergula semut la. Sedar tak sedar, dah hampir setahun aku kat tapak baru. Cikgu mizan dah moved ke stesen baru. Dulu, selama 5 tahun kat Sarawak, la ni, cek dah balik negeri asal cek, Kedah. La ni, kat Sungai Petani. Kira nak balik kampung pun lebih senang la skrg. Family pun senang nak datang. Alhamdulillah la.
So, banyak perubahan sejak aku pindah sini. Semua dah berubah. Dah start beli rumah & pada masa yang sama bantu wife running business kedai serbaneka. LOT 33, sesuai dengan nombor kedai 33A, Tmn Lembah Bujang Utama. Alhamdulillah, rezeki Allah. Duit simpanan elaun kat Sarawak tu dapat gak dijadikan modal permulaan.Boleh la, sementara dapat peluang yang lebih besar. Buat masa sekarang, barang2 masih dalam proses pengisian. sikit2 la. Alat tulis dah masuk, makanan ringan dah masuk. Lepas ni, minuman ringan lak, tunggu supplier hantar, lum hantar2 lagi dgn chill nya.
Doakan semuanya suksess. Bukan apa, semua ni, untuk family jugak. anak2 makin besar n umur makin meningkat. Rasanya perlukan satu anjakan dalam hidup ni. Perlukan perubahan untuk lebih senang di masa depan. Aku taknak kaya, cuma nak senang ja. Harap itu la yang aku dapat...
Kedai pun still nampak kosong lagi, perlu penambahbaikan dari segi produk. Barang2 yang dijual dengan harga yang agak murah & mampu dibeli oleh semua peringkat umur. Cadangnya lepas ni, nak masuk mesin fotostad lak. Tapi, nanti la sebab skrg kami belum ada pekerja. semua dibuat sendiri. Insyallah, nanti dah stabil, boleh la kot. Wish us luck....

Khamis, 7 Oktober 2010

Sambungan IPRM...

Kisah jalan2 tak habis mcm tu je..then, peluang jalan2 ni sentiasa ada. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Masa kat IPRM ni dulu, ada la buat pertandingan nyanyian solo. Masa ni, bulan Mac kalau aku tak salah. Kawan2 sekelas punya la support aku utk joint. Tapi, CD la yang paling beriya2 support. Mula2 tu, tak yakin gak nak joint. Tapi, bila dah ada peluang, apa salahnya mencuba. Dare to fail katakan. Aku pun register la utk joint. Lagu pun cari last minutes. Tak pernah aku beli karaoke CD sblm ni. terus gi cari kat Centre Point yang dekat IPRM tu..Punya la susah aku nak mencari karaoke CD ni. At last, jumpa jugak la satu CD yang ada lagu2 evergreen yang agak femiliar dengar. Tanpa practice yang benar2nya, aku redah je. Siap ada peringkat saringan tu, aku bawak lagu Ibnor Reza (Mimpi Yang Tak Sudah)...Alhamdulillah, kalau dah namanya rezeki, tak kemana. Dapat la aku teruskan ke Malam finale..Rupanya agak grand gak Malam Finale nanti ye. Peserta tak ramai. Rasanya dalam 10 orang je. Lagu yang sama jugak la aku pilih. Mana sempat nak cari lagu lain. Mana nak pi kelas lagi, assignment lagi. Takpa, matlamat utama nak sahut cabaran member2 kelas je. Full support korang nehh..
Bila result diumum, aku dapat tempat ke 2 je. Eh, satu pencapaian yang paling tinggi setakat ni. Mcm tak caya lak. yang dapat tempat pertama tu, sorang Chinese girl. Rezeki dia la. Tapi, yang buat aku terkilan tu, baru malam tu jugak aku dapat tau, pemenang tempat pertama akan mewakili IPRM dalam pertandingan KAGUM (cikgu2 pasti tau ape tu KAGUM-->tournament sukan & kesenian inter institut perguruan se Malaysia-->26 buah semuanya) nyanyian solo peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Institut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Bestnye kau budak Cina. Rezeki dia.
Selepas seminggu, pensyarah muzik panggil aku ke bilik muzik. Nak test vokal katanya. Blurr gak mula2 tu. Rupa2nya, untuk acara nyanyian solo di Kota Kinabalu nanti, peserta mesti membawa 1 lagu wajib iaitu lagu asli dan 1 lagu pilihan bebas. Budak cina tu tak dapat bawak lagu asli. jadi adat pertandingan, peluang peserta tempat pertama akan diberikan kepada peserta kedua la. Alhamdulillah, aku pun terpilih gak. Punya la cari lagu2 asli yang femiliar, at last dapat gak lagu "Laksamana Mati Dibunuh". Suruh aku nyanyi sekarang, haram aku tak ingat. Latihan yang tak seberapa, aku terus je.
Tarikh berlepas dari KLIA, flight MAS,(sponsored by KPM). Kontingen kami seramai 20 orang kalau tak salah. Kami berlepas masa minggu kedua cuti pertengahan semester. Dalam awal Jun. Sampai di sana, ada 26 orang peserta dari 26 IPG seluruh Malaysia. malam pertama, semua peserta akan disaring dan seramai 10 orang peserta je akan masuk ke malam final yang akan diadakan pada malam terakhir. Bila keputusan diumumkan, aku tersingkir malam tu jugak...kah,kahh...nasib dapat gak aku jejak kaki ke Kota Kinabalu. Menang gak tu weh, tiket penerbangan pergi dan balik. Kat situ la leh kenal member2 dari IPG lain.
Peserta yang menang perlu ikuti latihan esoknya. Bagi peserta yang gagal, BEBAS...!! Best ni, peluang kami nak jalan2 area KK. Alhamdulillah, dapat gak jejak kaki ke KK, yang pada asalnya rezeki orang lain. Tapi, bila dah namanya rezeki, tak ke mana....

Isnin, 12 Julai 2010

MPRM aka IPRM, Seremban.

Sambung kisah kat MPRM, Seremban. Aku mendaftar masuk ke MPRM ( Maktab Perguruan Raja Melewar) pada 05 Januari 2005. Sebenarnya ini merupakan permohonan aku kali ke 2 untuk KPLI ni. Kali pertama dulu mintak Pengajian Seni Visual sekolah menengah. Mungkin rezeki aku kat sekolah rendah kot. Takpa, kawan-kawan cakap, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, gaji sama ja.(apa la, pikir pasal gaji ja).
Masuk MPRM ni, aku ambik kursus Pengajian Seni Visual Sekolah Rendah. Alhamdulillah, tak la susah sangat. Teringat kata-kata sorang pensyarah kat sana dulu, Encik rahim,... "Kalau lembu masuk maktab pun boleh lulus"... (jadi aku ni wajib lulus la kan, coz lembu bodo tu).Cuma semester pertama ja, agak banyak assignment yang perlu dibereskan. Perlu kerajianan yang lebih ja dan kebanyakkan assignment dalam mod berkumpulan. Aku tak habis-habis group ngan CD, Ivy ( yang la ni dah jadi bini dia pun, alhamdulillah...), Jana, Sue, Zimin...tu ja kot yg aku ingat la.
Kat mana-mana pegi ja, mesti yang ni ja. Yang best masa tu, KPLI kan dapat elaun bulanan RM 1370.oo, punya la best. Penempatan kat hostel dalam maktab tu je. Jadi, Kos tak la teruk sangat nak menanggungnya. Selalu ja kami ke Giant Senawang. Kalau tak shopping pun, Window shopping jek....(terapi minda). Kadang-kadang bila boring kat Giant Senawang, Pegi lak kat Jusco Seremban 2. Tu pun bila elaun masuk la.
Sedar tak sedar, dalam tempoh setahun aku kat seremban tu, dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan je. Bila masa aku buat assignment? Pegi Port Dickson, Jom Heboh sampai ke Bukit Jalil, Kelantan, KL jangan kira la, ada ja masa nak jalan....nanti sambung lagi pada kemuncak jalan-jalan paling jauh masa aku kat MPRM.

Ahad, 11 Julai 2010

aku...cikgu mizan....

Salam.....Cikgu Mizan. Itulah yg selalu murid-murid kat sekolah aku panggilkan aku. Rupanya, bukan senang nak jadi cikgu ni. Tak pernah langsung dulu aku bercita-cita nak jadi cikgu. Tapi, rezeki mungkin dah tertulis sejak dulu yang Hamizan Bin Ibrahim, akan jadi seorang cikgu aka guru aka pendidik. Mula-mula masuk bidang ni dulu, aku pun blank gak, gementar pun ada gak waktu 1st time masuk ngajar waktu practical training. Ingat lagi masa tu June 2005 kat SK King George IV, Seremban. Tak lama, 3 bulan ja. Mula-mula mmg risau. Ajar lak anak-anak arkitek, anak-anak cikgu, anak-anak jurutera projek dan apa-apa lagi lah.
Tapi, semua tu dah ditangani dengan agak baik, (walaupun tak la sebaik mana pun). Yang penting, segala tanggungjawab kat sana dah diselesaikan dengan agak memberangsangkan. Hmmm,(ni la ayat aku kat mana-mana kalau aku takde idea). Habis practical training, sibuk lak ngan exam utk final. kat MPRM waktu tu, sekarang dah jadi IPRM, Seremban.( Institut Perguruan Raja Melewar). Tamat KPLI kat sana, aku dengan rakusnya apply utk dipostingkan di Labuan,kononnya. Dengan kerelaan la tu. Pastu, siap tulis kat catatan kat bawah borang posting tu---> Sanggup ditempatkan di mana-,mana sekolah di Negeri Sabah atau Negeri Sarawak.
Family punya lah membangkang hasrat murni aku yang kononnya nak cari pengalaman kat bumi Borneo. Nanti aku cita lagi kisah selanjutnya.....