Khamis, 7 Oktober 2010

Sambungan IPRM...

Kisah jalan2 tak habis mcm tu je..then, peluang jalan2 ni sentiasa ada. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Masa kat IPRM ni dulu, ada la buat pertandingan nyanyian solo. Masa ni, bulan Mac kalau aku tak salah. Kawan2 sekelas punya la support aku utk joint. Tapi, CD la yang paling beriya2 support. Mula2 tu, tak yakin gak nak joint. Tapi, bila dah ada peluang, apa salahnya mencuba. Dare to fail katakan. Aku pun register la utk joint. Lagu pun cari last minutes. Tak pernah aku beli karaoke CD sblm ni. terus gi cari kat Centre Point yang dekat IPRM tu..Punya la susah aku nak mencari karaoke CD ni. At last, jumpa jugak la satu CD yang ada lagu2 evergreen yang agak femiliar dengar. Tanpa practice yang benar2nya, aku redah je. Siap ada peringkat saringan tu, aku bawak lagu Ibnor Reza (Mimpi Yang Tak Sudah)...Alhamdulillah, kalau dah namanya rezeki, tak kemana. Dapat la aku teruskan ke Malam finale..Rupanya agak grand gak Malam Finale nanti ye. Peserta tak ramai. Rasanya dalam 10 orang je. Lagu yang sama jugak la aku pilih. Mana sempat nak cari lagu lain. Mana nak pi kelas lagi, assignment lagi. Takpa, matlamat utama nak sahut cabaran member2 kelas je. Full support korang nehh..
Bila result diumum, aku dapat tempat ke 2 je. Eh, satu pencapaian yang paling tinggi setakat ni. Mcm tak caya lak. yang dapat tempat pertama tu, sorang Chinese girl. Rezeki dia la. Tapi, yang buat aku terkilan tu, baru malam tu jugak aku dapat tau, pemenang tempat pertama akan mewakili IPRM dalam pertandingan KAGUM (cikgu2 pasti tau ape tu KAGUM-->tournament sukan & kesenian inter institut perguruan se Malaysia-->26 buah semuanya) nyanyian solo peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Institut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Bestnye kau budak Cina. Rezeki dia.
Selepas seminggu, pensyarah muzik panggil aku ke bilik muzik. Nak test vokal katanya. Blurr gak mula2 tu. Rupa2nya, untuk acara nyanyian solo di Kota Kinabalu nanti, peserta mesti membawa 1 lagu wajib iaitu lagu asli dan 1 lagu pilihan bebas. Budak cina tu tak dapat bawak lagu asli. jadi adat pertandingan, peluang peserta tempat pertama akan diberikan kepada peserta kedua la. Alhamdulillah, aku pun terpilih gak. Punya la cari lagu2 asli yang femiliar, at last dapat gak lagu "Laksamana Mati Dibunuh". Suruh aku nyanyi sekarang, haram aku tak ingat. Latihan yang tak seberapa, aku terus je.
Tarikh berlepas dari KLIA, flight MAS,(sponsored by KPM). Kontingen kami seramai 20 orang kalau tak salah. Kami berlepas masa minggu kedua cuti pertengahan semester. Dalam awal Jun. Sampai di sana, ada 26 orang peserta dari 26 IPG seluruh Malaysia. malam pertama, semua peserta akan disaring dan seramai 10 orang peserta je akan masuk ke malam final yang akan diadakan pada malam terakhir. Bila keputusan diumumkan, aku tersingkir malam tu jugak...kah,kahh...nasib dapat gak aku jejak kaki ke Kota Kinabalu. Menang gak tu weh, tiket penerbangan pergi dan balik. Kat situ la leh kenal member2 dari IPG lain.
Peserta yang menang perlu ikuti latihan esoknya. Bagi peserta yang gagal, BEBAS...!! Best ni, peluang kami nak jalan2 area KK. Alhamdulillah, dapat gak jejak kaki ke KK, yang pada asalnya rezeki orang lain. Tapi, bila dah namanya rezeki, tak ke mana....