Isnin, 22 Ogos 2011

LOT 33




LOT 33,
Salam Ramadhan. Sudah lama rasanya tak menulis di sini. bukan apa,lupa password.ni kes byk minum air yang bergula semut la. Sedar tak sedar, dah hampir setahun aku kat tapak baru. Cikgu mizan dah moved ke stesen baru. Dulu, selama 5 tahun kat Sarawak, la ni, cek dah balik negeri asal cek, Kedah. La ni, kat Sungai Petani. Kira nak balik kampung pun lebih senang la skrg. Family pun senang nak datang. Alhamdulillah la.
So, banyak perubahan sejak aku pindah sini. Semua dah berubah. Dah start beli rumah & pada masa yang sama bantu wife running business kedai serbaneka. LOT 33, sesuai dengan nombor kedai 33A, Tmn Lembah Bujang Utama. Alhamdulillah, rezeki Allah. Duit simpanan elaun kat Sarawak tu dapat gak dijadikan modal permulaan.Boleh la, sementara dapat peluang yang lebih besar. Buat masa sekarang, barang2 masih dalam proses pengisian. sikit2 la. Alat tulis dah masuk, makanan ringan dah masuk. Lepas ni, minuman ringan lak, tunggu supplier hantar, lum hantar2 lagi dgn chill nya.
Doakan semuanya suksess. Bukan apa, semua ni, untuk family jugak. anak2 makin besar n umur makin meningkat. Rasanya perlukan satu anjakan dalam hidup ni. Perlukan perubahan untuk lebih senang di masa depan. Aku taknak kaya, cuma nak senang ja. Harap itu la yang aku dapat...
Kedai pun still nampak kosong lagi, perlu penambahbaikan dari segi produk. Barang2 yang dijual dengan harga yang agak murah & mampu dibeli oleh semua peringkat umur. Cadangnya lepas ni, nak masuk mesin fotostad lak. Tapi, nanti la sebab skrg kami belum ada pekerja. semua dibuat sendiri. Insyallah, nanti dah stabil, boleh la kot. Wish us luck....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan